Sukar mengekalkan tubuh sihat dikala lambakan kerja datang dan tak pernah habis? GLAM memperkenalkan terapi untuk wanita alaf baru seperti anda!

Semakin menginjak usia, kepentingan dan minat kita kian berubah. Ada yang tidak lagi ‘lapar’ kan kemewahan malah lebih selesa ‘kaya’ dengan masa yang banyak terluang untuk terapi diri. Saya tidak terkecuali. Kalau dulu wang dihabiskan untuk tampil cantik menawan di luaran, kini, misi dan keutamaan saya sudah berubah. Saya mahu pastikan kesihatan diri secara keseluruhan terbela. Ini termasuk secara luaran dan juga dalaman. 

Baru-baru ini, saya sering rasa letih dan lesu juga ada simptom lain yang membuat saya terpanggil untuk memeriksa diri dan menganalisis cara saya bekerja. Lebih 8 jam diperuntukkan untuk menghabiskan segala tanggungjawab harian yang diberi maka ini bermaksud, hanya sedikit masa untuk saya berehat dan menjaga diri. Saya mula mengamalkan minyak essentials dan diffuser di rumah. Malah, perlahan-lahan memujuk diri bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Alhamdulillah, sudah nampak hasilnya. 

Pautan berkaitan: Memaksa Diri Untuk Positif Boleh Memudaratkan Kesihatan Mental?

Benar, semakin kita berusia, diet dan senaman sahaja susah ‘menjadi’ berbanding ketika muda belia. Beri sedikit perhatian berbanding sebelum ini dengan mencuba terapi terkini yang diperkenalkan. Pernah anda dengar tentang detoksifikasi? Saya peminat perawatan detoks dan yang terkini, saya telah mencuba terapi di Hi-Bliss. Terapi detoks ini membantu membina semula sistem tubuh dan memulihkan fungsi organ tubuh kita. Ia mengeluarkan racun, melindungi dari kerosakan sel, mengaktifkan penyembuhan sel dan memberi tubuh mendapatkan kembali keadaan kesihatan yang optimum, oleh itu penyakit dapat dicegah.

Jika anda sedang menderita akibat insomnia, kelesuan dan keletihan, sakit kepala, ketidakseimbangan hormon, masalah pencernaan, kebimbangan, kulit kering dan penuaan juga alergi kulit dan kulit sensitif. Terapi Hi-Bliss Hydrogen yang seratus peratus natural tanpa kesan sampingan, bebas dadah dan sakit juga tidak invasif ini dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan juga mencegah sebelum kedatangan penyakit yang tidak diingini.

Bagaimana Terapi Hi-Bliss Hydrogen Berfungsi? Terapi detoksifikasi ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan umum secara keseluruhan dan disarankan kepada anda yang berisiko tinggi mengalami sindrom metabolik seperti kolesterol tinggi, gula darah, obesiti dan juga kumpulan tidak aktif (kurang bersenam). Kumpulan berisiko tinggi menghidap penyakit kardiovaskular dan diabetes juga amat disyorkan. Untuk keterangan lanjut, layari www.hi-bliss.com.

Source: https://glam.my/gaya-hidup/terapi-tubuh-sihat-wanita-alaf-baru/