Make Appointment Now!

Harian Metro - Terapi Hidrogen

14 July 2019

PADA usia 76 tahun, pesakit osteoartritis seperti CS Shia mengakui, penyakit sendi berkenaan tidak saja menjejaskan kualiti jasmani, malah mengganggu emosinya.

Beliau sudah mencuba pelbagai alternatif bagi menangani kesakitan itu hinggalah disenaraikan sebagai penerima manfaat dalam kempen

‘Love.Hope.Health’ yang dilancarkan Yayasan Compassionate Care (CCF), baru-baru ini.

“Saya mengalami osteoartritis yang menyebabkan kedua-dua lutut dan betis terasa sangat sakit. Akibatnya, saya hanya terperuk di rumah.

“Hal ini menyebabkan saya berasa kecewa dan sengsara. Keadaan menjadi lebih teruk hingga saya terpaksa berpaut pada perabot untuk bergerak di dalam rumah.

“Saya sudah mencuba rawatan perubatan Cina dan Barat tetapi semua tidak berjaya. Kemudian, suatu pagi ketika bersarapan, saya terjumpa artikel dalam akhbar mengenai manfaat terapi hidrogen.

“Mulanya rasa ragu tetapi oleh kerana sudah lebih enam bulan mencari rawatan berkesan, saya memutuskan untuk mencubanya. Selepas beberapa sesi rawatan hidrogen, saya kini boleh berjalan lebih lama, lebih pantas dan dapat menaiki tangga tanpa bantuan atau sokongan dan rasa sakit,”

katanya.

CCF menyasarkan dana berjumlah RM1 juta bagi 200 penerima faedah rawatan molekul hidrogen yang merangkumi individu kurang bernasib baik yang menghidap kesakitan kronik dan pelbagai masalah kesihatan dengan sokongan rakan kongsi utamanya, IRCare.

Ahli Lembaga Pengarah dan Pengasas Bersama CCF, Daena Chan berkata, pihaknya berhasrat membantu masyarakat yang kurang bernasib baik menerima terapi molekul hidrogen melalui sesi rawatan percuma atau subsidi.

“Sejak pelancaran fasa pertama kempen ‘Love.Hope.Health’ pada Julai tahun lalu, kami berjaya membantu 22 individu kurang bernasib baik yang mengalami kesakitan kronik dan pelbagai masalah kesihatan meneruskan kehidupan tanpa kesakitan, yang aktif dan dalam beberapa kes, mereka dapat kembali bekerja.

“Justeru, melalui kempen ini, kami berharap dapat mengumpul dana sebanyak RM1 juta untuk membantu lebih 200 individu yang kurang bernasib baik menjalani rawatan sama bagi meningkatkan kualiti hidup mereka,” katanya.

Sementara itu, Penasihat CCF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihaknya menyasarkan penyertaan sya

rikat korporat dalam menyokong usaha yayasan berkenaan memberikan kemudahan kesihatan kepada golongan terpinggir.

“Sepanjang kerjaya saya, saya berazam membantu masyarakat kurang bernasib baik, terutama mereka yang mengalami kesulitan dari segi kewangan, tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan. Kesihatan adalah antara hak asas setiap individu, maka marilah kita pupuk sifat penyayang, berbelas kasihan dan membantu sejauh mana yang kita mampu.

“Selaku Penasihat CCF, saya bertekad membantu yayasan ini memenuhi objektifnya dalam mengembalikan kualiti kesihatan yang baik untuk rakyat Malaysia yang terpinggir, mengalami kesakitan dan ada masalah kesihatan. Saya menggalakkan pihak yang berkemampuan untuk membantu golongan kurang bernasib baik ini kerana sumbangan anda, sama ada kecil atau besar, akan membuat perbezaan.

“Saya juga menggalakkan syarikat korporat dan pihak berkaitan menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat mereka dengan penuh tanggungjawab menerusi sumbangan bantuan kewangan dan menyokong yayasan penjagaan kesihatan mahupun organisasi yang memberi rawatan kepada kumpulan sasar,” katanya.

Source: https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/07/475189/terapi-hidrogen

Learn More About Hi-Bliss Hydrogen Therapy
Copyright  2024   IRCARE SDN. BHD.
 [Registration No.: 201601030321 (1201262-M)]
menuchevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram