Make Appointment Now!

UTUSAN ONLINE - Bantu rawat golongan memerlukan

6 July 2018

KUALA LUMPUR 6 Julai - Bermula Mei sehingga Disember 2018, seramai 50 pesakit yang kurang bernasib baik dan  memerlukan akan dibantu menjalani Terapi Hidrogen Molekul yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit.

Tan Sri Lee Lam Thye

Penasihat Yayasan Compassionate Care, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, inisiatif prihatin dan bermanfaat itu diambil membolehkan individu tidak berkemampuan mendapat rawatan alternatif seterusnya dapat kembali menjalani kehidupan lebih sihat.

Beliau berkata, kerjasama strategik yang dijalin yayasan dengan IRCare Sdn. Bhd. itu menawarkan Terapi Hidrogen Hi-Bliss, sejenis rawatan alternatif bagi memulihkan penyakit otot, masalah kulit, buah pinggang gagal bergungsi dan diabetes.

“Setakat ini terdapat 16 orang pesakit yang telah terpilih menjalani rawatan ini secara percuma dan ia terbukti memberi kesan pemulihan yang amat memuaskan.

“Kami sasarkan sehingga penghujung tahun ini, seramai 50 orang pesakit akan dibantu melalui rawatan terapi ini secara percuma di mana kosnya adalah antara RM90 hingga RM200 bagi setiap sesi perkhidmatan secara komersial,” katanya dalam pelancaran rasmi Yayasan Compassionate Care di sini, hari ini.

Yang turut hadir,Ahli Lembaga Pengarah dan Pengasas Bersama Yayasan itu, Daena Chan. - UTUSAN ONLINE

Source: https://www.utusan.com.my/nasional/2018/07/bantu-rawat-golongan-memerlukan/

Learn More About Hi-Bliss Hydrogen Therapy
Copyright  2024   IRCARE SDN. BHD.
 [Registration No.: 201601030321 (1201262-M)]
menuchevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram