立即预约!

Osteoarthritis ataupun radang sendi tulang merupakan penyakit sendi kronik yang berlaku akibat daripada kerosakan pada tulang rawan (cartilage). Ia juga boleh berlaku pada mana-mana sendi namun lebih kerap berlaku pada bahagian sendi lutut dan bahu. Selain itu, sendi lain yang sering dikaitkan dengan osteoarthritis termasuk jari, pinggul, dan tulang belakang.

Walaupun sakit lutut selalunya berlaku kepada individu yang berumur, namun pada hakikatnya ia juga boleh terjadi kepada golongan muda. Satu kajian menyatakan bahawa julat umur pesakit yang mengalami sakit radang sendi boleh bermula dari seawal umur 38 tahun sehingga 83 tahun. Justeru, terdapat beberapa keadaan dimana anda perlu tahu boleh meningkatkan risiko seseorang untuk lebih mudah terkena sakit lutut.

Rujukan: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8381666/

Keadaan yang berisiko untuk menyebabkan seseorang itu mengalami sakit sendi lutut
1. Mempunyai berat badan yang berlebihan

fisioterapi,osteoathritis,sakit lutut,rawatan,radang sendi,risiko,kesan,fisioterapi near me,rawatan fisioterapi untuk sakit lutut,hidrogen,hidrogen terapi,manfaat terapi hidrogen

Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan adalah lebih cenderung untuk mendapat sakit lutut. Ini adalah kerana, tekanan pada sendi lutut yang bergerak adalah lebih besar jika dibandingkan dengan seseorang yang mempunyai berat badan yang terkawal. Jadi kesannya akan dapat dilihat pada peningkatan kadar penggunaan lutut yang lebih tinggi dan peningkatan kadar penggunaan tulang rawan (cartilage) yang sekaligus meningkatkan risiko osteoartritis.

2. Kurang melakukan aktiviti regangan otot

fisioterapi,osteoathritis,sakit lutut,rawatan,radang sendi,risiko,kesan,fisioterapi near me,rawatan fisioterapi untuk sakit lutut,hidrogen,hidrogen terapi,manfaat terapi hidrogen

Otot yang kuat berfungsi untuk memberi perlindungan kepada bahagian sendi yang berdekatan. Oleh itu, jika kekuatan daya tahan otot menjadi lemah ia juga tidak dapat untuk memberikan perlindungan yang baik ke atas sendi yang sekaligus memudahkan ia untuk cedera dengan lebih mudah.

3. Melakukan kerja dan aktiviti yang berisiko

fisioterapi,osteoathritis,sakit lutut,rawatan,radang sendi,risiko,kesan,fisioterapi near me,rawatan fisioterapi untuk sakit lutut,hidrogen,hidrogen terapi,manfaat terapi hidrogen

Aktiviti bersukan yang melibatkan larian, berbasikal dan melompat biasanya akan lebih berisiko untuk mendapat kecederaan lutut. Jika dilakukan dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan penggunaan sendi lutut berlebihan justeru berisiko tinggi mendapat osteoarthritis pada usia muda. Selain itu, individu yang bekerja sebagai guru, pekerja buruh, petani, pemandu bas, trak, dan lori juga berisiko mendapat sakit sendi lutut atas sebab berdiri terlalu lama ataupun melibatkan aktiviti yang memberikan tekanan kepada sendi lutut.

4. Individu yang pernah mengalami kecederaan lama

fisioterapi,osteoathritis,sakit lutut,rawatan,radang sendi,risiko,kesan,fisioterapi near me,rawatan fisioterapi untuk sakit lutut,hidrogen,hidrogen terapi,manfaat terapi hidrogen

Kebiasaannya mereka yang pernah mengalami kecederaan yang berulang kali pada lutut juga akan cenderung untuk mengalami osteoarthritis lutut.

Tanda-Tanda Sakit Lutut

Bagaimana hidrogen dapat membantu merawat sakit radang sendi (Osteoarthritis)?

fisioterapi,osteoathritis,sakit lutut,rawatan,radang sendi,risiko,kesan,fisioterapi near me,rawatan fisioterapi untuk sakit lutut,hidrogen,hidrogen terapi,manfaat terapi hidrogen
  1. Membantu mengurangkan rasa sakit, bengkak dan kemerahan pada sendi
  2. Membantu mengurangkan radikal bebas yang menyebabkan berlakunya radang sendi
  3. Membantu mengurangkan ketegangan pada otot
  4. Membantu memberi sokongan kepada proses penyembuhan sendi

Amalkan gaya hidup sihat untuk mengelakkan diri anda dari mengalami sakit lutut pada usia muda. Jika anda ada mengalami masalah sakit lutut, Hi-Bliss boleh membantu mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan anda. Dapatkan rawatan anda sekarang di pusat fisioterapi kami!

版权  2024   IRCARE SDN. BHD.
 [Registration No.: 201601030321 (1201262-M)]
菜单chevron-down 领英 Facebook 兴趣 YouTube rss 推特 Instagram的 facebook-空白 rss-空白 领英空白 兴趣 YouTube 推特 Instagram的