Tempah Sesi Anda

Cegah, Rawat & Pulih

Kurangkan Sakit, Kembalikan Pergerakan

Program Otot dan Sendi

Legakan sakit harian, kecederaan baru dan kesakitan kronik dengan Program Otot & Sendi kami yang bersifat anti-radang. Dengan mengurangkan keradangan dan menguatkan otot, kami dapat melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit leher dan bahu. Program rawatan semula jadi kami juga dapat membantu meredakan sakit lutut dan kaki akibat osteoartritis, sekaligus membantu anda mendapatkan semula pergerakan dengan lebih cepat!
Ketahui lebih lanjut

Detoks, Pulih dan Bertenaga

Program Kesihatan

Lindungi dan cergaskan semula tubuh anda dengan Program Kesihatan kami. Ia membantu menyingkirkan toksin, melindungi sel daripada kerosakan, memulihkan fungsi organ dan mencegah penyakit. Terapi Hidrogen juga berupaya merawat migrain, melancarkan peredaran darah, meningkatkan tahap tenaga dan membolehkan tubuh anda berfungsi secara optimum.
Ketahui lebih lanjut

Kembalikan Kesegaran dan Keremajaan

Program Penjagaan Kulit & Mata

Segarkan kulit dan mata anda dengan Program Penjagaan Kulit & Mata kami. Terapi Hidrogen membantu melawan keradangan pada kulit akibat alahan, ekzema dan psoriasis. Melalui proses detoksifikasi, ia turut mengurangkan kekerapan gejala berulang. Rawatan pemulihan kami juga sesuai untuk mereka yang mengalami luka terbuka.
Penyelesaian Penjagaan Kesihatan yang Disasarkan untuk Setiap Peringkat Hidup Anda
Ketahui lebih lanjut

Penyelesaian penjagaan kesihatan bersasar mengikut setiap peringkat kehidupan

Pelan Penjagaan Khusus

Pendekatan holistik kami terhadap penjagaan kesihatan bermula dengan pencegahan, diikuti rawatan, serta diteruskan dengan penjagaan susulan dan pemulihan. Program pemulihan kami merangkumi pemulihan pasca-strok serta pasca-radioterapi dan kemoterapi.
Ketahui lebih lanjut

Apa yang berlaku semasa sesi rawatan?

Langkah 1

Konsultasi & Penilaian

Kami akan mengenal pasti aduan utama pelanggan, menilai kesihatan am (termasuk sejarah dan rekod perubatan), serta memahami latar belakang sosial seperti gaya hidup, penyakit berketurunan dan situasi pekerjaan.
Langkah 2

Pemeriksaan Fizikal (Palpasi)

Ahli fisioterapi bertauliah kami akan menjalankan pemeriksaan fizikal untuk mengenal pasti kawasan otot yang tegang, kejang atau mengalami keradangan, bagi menentukan bahagian rawatan yang sesuai. Bahagian rawatan ini mungkin berbeza bagi setiap sesi, bergantung kepada keadaan tubuh pelanggan pada hari tersebut.
Langkah 3

Terapi Hidrogen

Gas hidrogen akan disembur pada bahagian rawatan seperti yang disarankan oleh perunding kesihatan. Hidrogen membantu mengurangkan keradangan serta melembutkan otot yang tegang dan berbonjol (muscle knots), bagi meningkatkan keberkesanan fisioterapi.
Langkah 4

Terapi Manual (Manipulasi)

Terapi manual (manipulasi) ialah teknik yang digunakan untuk meningkatkan pergerakan dan fungsi tisu lembut, sendi, otot, tendon dan ligamen. Ia merangkumi teknik seperti urutan (kneading), manipulasi otot, serta mobilisasi dan manipulasi sendi. Terapi ini membantu melegakan kesakitan, mengurangkan ketegangan serta meningkatkan fleksibiliti dan julat pergerakan tubuh.
Langkah 5

Senaman Regangan dan Penguatan Otot

Senaman regangan dan penguatan otot akan dilakukan bersama pelanggan. Pelanggan juga akan diingatkan untuk meneruskan senaman ini di rumah bagi menyokong proses pemulihan serta mengekalkan kesihatan dan kekuatan tubuh secara berterusan.
menuchevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram